Sekapur Sirih...

Kami mengalu-alukan kesudian anda melawat laman blog kami ini. Terdapat berbagai informasi yang berguna di sini selain memperkenalkan PKG Rompin.

PKG ROMPIN adalah singkatan dari perkataan Pusat Kegiatan Guru Rompin. Ia terletak di tengah perjalanan antara Pekan Bahau dan Pasir Besar. Mempunyai 24 buah sekolah sebagai ahli iaitu 4 buah sekolah menengah, 11 buah sekolah rendah kebangsaan, 7 buah sekolah jenis kebangsaan tamil dan 2 buah sekolah jenis kebangsaan cina.

PKG Rompin ini merupakan satu premis yang menyediakan kemudahan untuk guru-guru di kawasan sekitarnya berbengkel, bermesyuarat, berkursus, berbincang dan membuat aktiviti dalam usaha membuat peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

PKG Rompin ini ditadbir oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 32 dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 29 , seorang pembantu tadbir (N17) dan Juruteknik Komputer (FT17). PKG ini juga berpusat di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Rompin. Semoga dengan kerjasama erat 4 orang pegawai dan kakitangan , PKG Rompin mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jaya dan cemerlang


Monday, March 12, 2012

Pertukaran tarikh untuk pemurnian Oracle Think Quest

Perhatian untuk peserta-peserta yang telibat dalam pemurnian Oracle Think Quest. Aktiviti Pemurnian ini yang asalnya akan dibuat pada 21 Mac 2012  terpaksa ditunda dan akan di adakan pada tarikh 27 Mac 2010 . harap maklum.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Copyright By Pusat Kegiatan Guru Rompin