Sekapur Sirih...

Kami mengalu-alukan kesudian anda melawat laman blog kami ini. Terdapat berbagai informasi yang berguna di sini selain memperkenalkan PKG Rompin.

PKG ROMPIN adalah singkatan dari perkataan Pusat Kegiatan Guru Rompin. Ia terletak di tengah perjalanan antara Pekan Bahau dan Pasir Besar. Mempunyai 24 buah sekolah sebagai ahli iaitu 4 buah sekolah menengah, 11 buah sekolah rendah kebangsaan, 7 buah sekolah jenis kebangsaan tamil dan 2 buah sekolah jenis kebangsaan cina.

PKG Rompin ini merupakan satu premis yang menyediakan kemudahan untuk guru-guru di kawasan sekitarnya berbengkel, bermesyuarat, berkursus, berbincang dan membuat aktiviti dalam usaha membuat peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

PKG Rompin ini ditadbir oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 32 dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 29 , seorang pembantu tadbir (N17) dan Juruteknik Komputer (FT17). PKG ini juga berpusat di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Rompin. Semoga dengan kerjasama erat 4 orang pegawai dan kakitangan , PKG Rompin mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jaya dan cemerlang


Tuesday, March 1, 2011

TM Kaspersky 2011

Pada 28 Februari lalu,kami telah menerima email dari pihak atasan mengenai perisian anti virus terbaru bagi tahun 2011 ini. Untuk perhatian,anti virus Kaspersky 2011 ini adalah dari TM dan sekolah-sekolah yang melanggan perkhidmatan internet dari TM sahaja yang boleh menggunakannya.
Jika tuan tidak pasti talian internet di sekolah tuan sekarang ini,sila berhubung dengan pihak pengurusan sekolah mengenainya.  Sebelum memasang anda dinasihatkan unistall (membuang) Kaspersky yang mungkin telah ada di PC sekolah sebelum ini kerana ianya telah expired tempoh lesennya.Untuk membuang antivirus tersebut,gunakan Karspesky Remover. Klik di sini untuk download. Kemudian install kan anti virus yang baru ini. Jika ada sebarang masalah,boleh hubungi saya di nombor 06-4576527-Rahimi,JTK PKG ROMPIN.

***Turut boleh di muat turun di menu muat turun
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Copyright By Pusat Kegiatan Guru Rompin