Sekapur Sirih...

Kami mengalu-alukan kesudian anda melawat laman blog kami ini. Terdapat berbagai informasi yang berguna di sini selain memperkenalkan PKG Rompin.

PKG ROMPIN adalah singkatan dari perkataan Pusat Kegiatan Guru Rompin. Ia terletak di tengah perjalanan antara Pekan Bahau dan Pasir Besar. Mempunyai 24 buah sekolah sebagai ahli iaitu 4 buah sekolah menengah, 11 buah sekolah rendah kebangsaan, 7 buah sekolah jenis kebangsaan tamil dan 2 buah sekolah jenis kebangsaan cina.

PKG Rompin ini merupakan satu premis yang menyediakan kemudahan untuk guru-guru di kawasan sekitarnya berbengkel, bermesyuarat, berkursus, berbincang dan membuat aktiviti dalam usaha membuat peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

PKG Rompin ini ditadbir oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 32 dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 29 , seorang pembantu tadbir (N17) dan Juruteknik Komputer (FT17). PKG ini juga berpusat di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Rompin. Semoga dengan kerjasama erat 4 orang pegawai dan kakitangan , PKG Rompin mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jaya dan cemerlang


Friday, March 4, 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Seperti yang Y. Bhg. Datin / tuan / puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program galakan membaca di sekolah melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) mulai tahun 1999.

3.   Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada tahun 2010.

4.    Kerjasama pegawai di peringkat BPN dan PKG yang terlibat dalam pengurusan program NILAM adalah dipohon untuk melengkapkan Soal Selidik 1 melalui link berikut


BTPN / PKG (Sila klik di sini)



5.   Kerjasama pegawai di peringkat BTPN dan PKG juga dipohon untuk memanjangkan emel ini kepada Guru Perpustakaan dan Media untuk melengkapkan Soal Selidik 2 melalui link berikut:

   Sekolah (Sila klik di sini)


6.   Maklum balas daripada Y. Bhg. Datin / tuan / puan amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini. Tarikh akhir bagi melengkapkan Soal Selidik tersebut adalah pada 18 Mac 2011 (Jumaat).

7.   Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Datin / tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

FADZLIATON ZAINUDIN
Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Copyright By Pusat Kegiatan Guru Rompin