Sekapur Sirih...

Kami mengalu-alukan kesudian anda melawat laman blog kami ini. Terdapat berbagai informasi yang berguna di sini selain memperkenalkan PKG Rompin.

PKG ROMPIN adalah singkatan dari perkataan Pusat Kegiatan Guru Rompin. Ia terletak di tengah perjalanan antara Pekan Bahau dan Pasir Besar. Mempunyai 24 buah sekolah sebagai ahli iaitu 4 buah sekolah menengah, 11 buah sekolah rendah kebangsaan, 7 buah sekolah jenis kebangsaan tamil dan 2 buah sekolah jenis kebangsaan cina.

PKG Rompin ini merupakan satu premis yang menyediakan kemudahan untuk guru-guru di kawasan sekitarnya berbengkel, bermesyuarat, berkursus, berbincang dan membuat aktiviti dalam usaha membuat peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

PKG Rompin ini ditadbir oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 32 dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 29 , seorang pembantu tadbir (N17) dan Juruteknik Komputer (FT17). PKG ini juga berpusat di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Rompin. Semoga dengan kerjasama erat 4 orang pegawai dan kakitangan , PKG Rompin mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jaya dan cemerlang


Friday, July 29, 2011

Taklimat Pengisian Data SSQS Bagi Pentadbir Sekolah-Sekolah Kawasan PKG Rompin 2011



Pada 25 Julai 2011,PKG Rompin telah mengadakan Taklimat Pengisian Data SSQS Bagi Pentadbir untuk semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah kawasan ini. Seramai 24 orang telah menghadiri kursus ini termasuk dari wakil-wakil pengetua dan guru besar bagi menambah pemahaman pentadbir mengenai pengisian data ini. Pengisian SSQS bagi tahun ini telah dibuka pada 25 Julai ini sehingga 14 Ogos 2011. Diharapkan pentadbir sekolah,guru-guru ICT dan guru-guru biasa dapat mengisi data ini sebaik mungkin dalam meningkatkan jumlah bintang bagi sekolah anda. Selamat Maju Jaya Dari Kami,PKG Rompin
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Copyright By Pusat Kegiatan Guru Rompin