Sekapur Sirih...

Kami mengalu-alukan kesudian anda melawat laman blog kami ini. Terdapat berbagai informasi yang berguna di sini selain memperkenalkan PKG Rompin.

PKG ROMPIN adalah singkatan dari perkataan Pusat Kegiatan Guru Rompin. Ia terletak di tengah perjalanan antara Pekan Bahau dan Pasir Besar. Mempunyai 24 buah sekolah sebagai ahli iaitu 4 buah sekolah menengah, 11 buah sekolah rendah kebangsaan, 7 buah sekolah jenis kebangsaan tamil dan 2 buah sekolah jenis kebangsaan cina.

PKG Rompin ini merupakan satu premis yang menyediakan kemudahan untuk guru-guru di kawasan sekitarnya berbengkel, bermesyuarat, berkursus, berbincang dan membuat aktiviti dalam usaha membuat peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

PKG Rompin ini ditadbir oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 32 dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 29 , seorang pembantu tadbir (N17) dan Juruteknik Komputer (FT17). PKG ini juga berpusat di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Rompin. Semoga dengan kerjasama erat 4 orang pegawai dan kakitangan , PKG Rompin mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jaya dan cemerlang


Friday, July 29, 2011

Kem Membina Cita-Cita (Tahun 6)

Pada 20 Julai lalu,PKG Rompin bersama JPA luak Palong telah menganjurkan satu Kem Membina Cita-Cita bagi pelajar tahun 6 bertempat di Dewan Seminar C.I.M.A,Negeri Sembilan. Kem ini di anjurkan dengan tujuan untuk memberitahu para pelajar ini arah dan hala tuju mereka selepas menghadapi UPSR pada tahun ini. Selain itu,pelajar juga turut diberi ceramah motivasi bagi peningkatan keyakinan diri pelajar dalam menghadapi proses pembelajaran di sekolah. Seminar ini turut di sertai oleh guru-guru dari sekolah luak palong. Diharapkan dengan adanya kem seperti ini, kawasan luak Palong ini mendapat lebih ramai pelajar-pelajar yang bermotivasi dan lebih cemerlang di masa hadapan.`Klik disini bagi melihat gambar sekitar program
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Copyright By Pusat Kegiatan Guru Rompin