Sekapur Sirih...

Kami mengalu-alukan kesudian anda melawat laman blog kami ini. Terdapat berbagai informasi yang berguna di sini selain memperkenalkan PKG Rompin.

PKG ROMPIN adalah singkatan dari perkataan Pusat Kegiatan Guru Rompin. Ia terletak di tengah perjalanan antara Pekan Bahau dan Pasir Besar. Mempunyai 24 buah sekolah sebagai ahli iaitu 4 buah sekolah menengah, 11 buah sekolah rendah kebangsaan, 7 buah sekolah jenis kebangsaan tamil dan 2 buah sekolah jenis kebangsaan cina.

PKG Rompin ini merupakan satu premis yang menyediakan kemudahan untuk guru-guru di kawasan sekitarnya berbengkel, bermesyuarat, berkursus, berbincang dan membuat aktiviti dalam usaha membuat peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

PKG Rompin ini ditadbir oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 32 dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 29 , seorang pembantu tadbir (N17) dan Juruteknik Komputer (FT17). PKG ini juga berpusat di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Rompin. Semoga dengan kerjasama erat 4 orang pegawai dan kakitangan , PKG Rompin mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jaya dan cemerlang


Wednesday, August 3, 2011

Kerosakkan Talian Pengisian Data SSQS



Pada pukul 12.30 tengahari Jumaat,29 Julai 2011 portal pengisian data SSQS telah mengalami kerosakkan dimana hanya paparan banner dah border sahaja yang kelihatan apabila di lihat. Hal ini telah pun dipanjangkan kepada pengetahuan En. Mahmud Pa'id selaku yang bertanggungjawab pada web portal ini. Masalah ini di akui sendiri oleh beliau dan menyatakan bahawa Unit Rangkaian BTPKL sedang bertungkus lumus memperbaiki masalah tersebut. Akhirnya web portal ini telah boleh diakses seperti biasa pada 2 Ogos 2011. Akan tetapi,terdapat masalah lain pada web ini iaitu apabila sesuatu maklumat di isi dalam borang dalam web ini,satu gangguan skrin bertajuk "Maklumat Tidak Lengkap" akan keluar walaupun maklumat yang di isi itu adalah lengkap. Masalah ini telah di ajukan sekali lagi kepada en Mahmud bin Pa'id dan akhirnya pada pukul 12.30 tengahari 3 Ogos 2011,web ini telah berfungsi seperti biasa. Di harapkan pihak sekolah yang masih belum mengisi data penarafan SSQS ini agar mengisi segera data-data ini bagi mengelakkan berlaku apa-apa lagi masalah selepas ini. Tarikh tutup pengisian data ini semakin hampir dan diharap kepada guru-guru,jangan lah suka mengisi disaat akhir...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Copyright By Pusat Kegiatan Guru Rompin